1001 Pantun Empat Kerat

Pantun, tanpa mengira dalam bentuk dua, enam atau pantun empat kerat merupakan rakaman pengalaman dan pemerhatian orang-orang lama dalam kehidupan seharian. Pengalaman dan pemerhatian tersebut diungkapkan semula dalam baris-baris yang walaupun terhad tetapi tidak menjejaskan mesej yang hendak disampaikan.

Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Jumlah rangkap pantun yang paling popular ialah dalam bentuk dua kerat dan paling lazim ialah pantun empat kerat.

Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Kain dijemur, padi ditabur,
Pokok mempelas di hutan mengkuang;
Saya umpama nyiur dikukur,
Santan diambil hampas dibuang.

Tanam pinang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari;
Kupinang-pinang tetapi tak dapat,
Kupujuk-pujuk kubawa lari.

Sayang ara pokok lempung,
Buahnya masak dimakan punai;
Saya laksana hempulur nibung,
Buruk tinggal dimakan anai-anai.

Wan Empuk Wan Malini,
Membuat huma di bukit Seguntang;
Kalau ku turutkan hati ku ini,
Harusku mati di mata pedang.

Baik-baik mengirai padi,
Takut mercik ke muka orang;
Baik -baik menjaga diri,
Takut nanti diejek orang.

Anak ayam turunnya lima,
Mati seekor tinggal empat;
Kita hidup mesti beragama,
Supaya hidup tidaklah sesat.

Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa yang tahu.

Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Budak-budak bermain tombak,
Tombak diikat dengan rantai;
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.

Burung Merak terbang ke laut,
Sampai ke laut mengangkut sarang;
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang.

Kalau menyanyi perlahan-lahan,
Dibawa angin terdengar jauh;
Rindu di hati tidak tertahan,
Di dalam air badan berpeluh.

Kalau mengail di lubuk dangkal,
Dapat ikan penuh seraga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Jangan lautan hendak diduga.

Padi ini semumba-mumba,
Daun kurma daun cempedak;
Macam mana hati tak hiba,
Entah bertemu entah tidak.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Lipat kain lipat baju,
Lipat kertas dalam puan;
Dari air menjadi batu,
Sedikit tak lupa budi tuan.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik di kenang juga.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

loading...

seni pantun:

pantun nasihat 4 kerat. pantun 4 kerat nasihat. senarai senarai pantun. pantun tiga kerat. pantun 4.

8 Comments

    • afzal sasuke
  1. Nor
    • Iman Fitri
  2. aa
  3. Syameer
  4. natasha

Reply

pantun melayu abang
Pantun Abang Baru Balik
Pantun Panas Setahun, Hujan Sehari
Pantun Turutkan Hati
Pantun Resmi Bunga
Pantun Abang Baru Balik

Ayam bulu balik, Telur atas para; loading... seni pantun:pantun abang. pantun...

Pantun Tak Dengar Cakap

Ikan kering ikan siakap, Mari dijemur di atas atap; loading...

Pantun Nak Pinang Tak Berduit

Anak ikan dipanggang sahaja, Hendak dipindang tidak berkunyit; loading... seni pantun:melayu...

Pantun Rezeki

Anak dara dua sepasang, Pakai baju, pakai kerongsang; loading... seni pantun:contoh...

Pantun Manis Hati Budi

Sayang manggis belah pun manggis, Belah mari kulit isinya; loading... seni...

Pantun Pengorbanan Seorang Wanita

Apa tanda ibu pilihan, Hatinya lembut laku terpuji; loading...

Pantun Ingat-Ingat Lupa

Lama sudah tidak ke ladang, Tinggi rumput dari padi; loading... seni...

Pantun Rupa Elok Penawar Hati

Olok-olok burung di laut, Ogak-ogak burung di bukit; loading...

bunga pantun
Pantun Masuk Meminang Hajat Nak Sunting Bunga Di Taman
cinta lama jangan dikenang
Pantun Kasih Lama Jangan Dikenang
Pantun Patah Hati
Pantun Bermenung Rindukan Adinda
taat orang tua ibu bapa
Pantun Taat Pada IbuBapa
Pantun Jangan Marah, Fikir Dahulu
Pantun Lupakan Sengketa Lama
Pantun Sucikan Hati