Koleksi Pantun 2 Kerat

Pantun dalam bentuk pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 ataupun 10 kerat adalah sebahagian daripada kesenian bahasa dalam budaya masyarakat Nusantara samada untuk adat istiadat, nasihat, pendidikan, gurauan, hiburan, majlis keramaian dan juga dalam perbualan harian. Perbezaan pantun dengan bahasa berirama dan puisi Melayu lain ialah dari segi bentuk, lenggok irama, luahan fikiran dan emosi yang terjelma di dalamnya.

pantun 2 kerat bergambar

Dihimpunkan puluhan pantun 2 kerat dalam pelbagai tema dengan susunan pantun bermula pangkal A hingga Z.

Ada ubi ada batas,
Ada hari boleh balas.

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Cak cekur udang gamit,
Minta kapur diberi kunyit.

Duduk diam dalam perahu,
Mata pejam buat tak tahu.

Emas, perak, tembaga, suasa,
Malas bergerak, tidak merasa.

Feri Pulau Pinang berlabuh di jeti,
Hendak meminang, bila lagi?

Guni kapur kirim pak mentua,
Nyanyi di dapur kahwin orang tua.

Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.

Ikan todak makan meranggung,
Sedap tekak badan menanggung.

Jauh kembara membawa diri,
Takkan dah lupa orang di sini.

Kayu bongkok tepi tiang,
Ayam berkokok hari nak siang.

Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.

Makan nasi dengan garam,
Mulut terkunci hati geram.

Nak buru anak rusa,
Jumpa kekasih hati suka.

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

Pinggan retak nasi tak dingin,
Orang tak hendak aku tak ingin.

Quran dibaca siang dan malam,
Banyak diam hati tenteram.

Rosak susu kerana nila,
Orang tak ingin, dia yang gila.

Siakap senohong, gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.

Ular senduk masuk kampung,
Banyak melantak badan menanggung.

Van Milo masuk sekolah,
Dia hero tak pernah kalah.

Wang besar, wang kecil,
Badan besar, hati kecil.

X-ray dada kat klinik,
Jom pakat pi piknik.

Yu, paus, ikan pari,
Rasa haus lepas berlari.

Zoo Negara taman haiwan.
Anak dara ramai kawan.

loading...

seni pantun:

pantun lawak. pantun lawak 2 kerat. pantun 2 kerat cinta. contoh pantun dua kerat. pantun dua kerat cinta.

8 Comments

  1. RAHSIA!!!!
  2. RUBY
    • nur aina syafiqah binti husaini
  3. Apiss
  4. Faiq
  5. Mohamad sabri
  6. Adala
  7. Linanana_

Reply

pantun melayu abang
Pantun Abang Baru Balik
Pantun Panas Setahun, Hujan Sehari
Pantun Turutkan Hati
Pantun Resmi Bunga
Pantun Abang Baru Balik

Ayam bulu balik, Telur atas para; loading... seni pantun:pantun abang. pantun...

Pantun Tak Dengar Cakap

Ikan kering ikan siakap, Mari dijemur di atas atap; loading...

Pantun Nak Pinang Tak Berduit

Anak ikan dipanggang sahaja, Hendak dipindang tidak berkunyit; loading... seni pantun:melayu...

Pantun Rezeki

Anak dara dua sepasang, Pakai baju, pakai kerongsang; loading... seni pantun:contoh...

Pantun Manis Hati Budi

Sayang manggis belah pun manggis, Belah mari kulit isinya; loading... seni...

Pantun Pengorbanan Seorang Wanita

Apa tanda ibu pilihan, Hatinya lembut laku terpuji; loading...

Pantun Ingat-Ingat Lupa

Lama sudah tidak ke ladang, Tinggi rumput dari padi; loading... seni...

Pantun Rupa Elok Penawar Hati

Olok-olok burung di laut, Ogak-ogak burung di bukit; loading...

bunga pantun
Pantun Masuk Meminang Hajat Nak Sunting Bunga Di Taman
cinta lama jangan dikenang
Pantun Kasih Lama Jangan Dikenang
Pantun Patah Hati
Pantun Bermenung Rindukan Adinda
taat orang tua ibu bapa
Pantun Taat Pada IbuBapa
Pantun Jangan Marah, Fikir Dahulu
Pantun Lupakan Sengketa Lama
Pantun Sucikan Hati