Pantun Lucu dan Pantun Jenaka

Pantun itu bermacam-macam jenisnya. Salah satu jenis pantun yang sangat popular yang menjadi warisan berzaman ialah pantun seloka.

Dalam pantun seloka ada pantun lucu dan pantun jenaka yang mencuit hati tapi pada masa yang sama turut menyelitkan unsur nasihat. Orang Melayu penuh dengan adat kesopanan hinggakan dalam bab mengur dan memberi nasihat juga adakalanya disampaikan secara halus dan puitis agar tidak mengeruhkan hubungan.

Pantun jenaka sering berkait dengan kehidupan harian dan masih popular hingga kini kerana ia diperturunkan dari mulut ke mulut. Apatah lagi dengan unsur kelucuan yang diselitkan maka ia mudah diingati baik untuk yang berusia dan juga di kalangan anak-anak muda.

Jenaka, senda dan lawak dalam pantun menggamit kata-kata yang menggelikan hati.

Masyarakat nusantara Melayu juga pada masa dahulu terkenal dengan cerita-cerita rakyat yang dikisahkan pada waktu senggang. Cerita-cerita yang kelakar, seloroh dan olok-olok ini bertujuan menggelikan hati dan kerapkali juga diselitkan dengan puisi dan pantun-pantun lucu dan jenaka bagi menambah bunga cerita.

+482

Tanam pisang rapat-rapat,
Banyak pisang dalam negeri,
Sudah mengorat tak dapat-dapat;
Terpaksalah aku hidup sendiri.


+368
Disana merak disini merak,
Merak mana hendak dikepung;
Disana hendak disinipun hendak,
Pening kepala terajang punggung.

+463
Ada katil ada tilam,
Ada siang ada malam;
Dah banyak kali memberi salam,
Tak pernah pun dia jawab salam.

+313
Buai laju-laju,
Sampai pokok sena;
Apa dalam baju !?!
Kenapa engkau tanya?

+185
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati

+233
Pagi hari pergi ke sawah,
Waktu petang baru nak pulang;
Nampak di mata hidup mewah,
Namun hutang keliling pinggang.

+377
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Duit ringgit boleh dicari,
Mana nak cari kasih sayang.

+214
Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas;
Kalau memang dasar kedekut,
Ade kereta, naik bas.

+294
Anak Jawa pulang ke Jawa,
Sampai di Jawa berjual ragi;
Tuan ketawa saya ketawa,
Sama-sama tak ada gigi.

loading...

seni pantun:

pantun jenaka. pantun kelakar. pantun pembuka bicara lawak. Pantun jenaka 4 kerat. pantun lawak jenaka.

20 Comments

  1. Abbygail
  2. Aminah Binti Hassan
    • Baharom Diman
    • cik wan ganda
    • azmanabaj abd jalil
  3. nurain syafiqa
    • Muhamad norfaris
  4. Moahmmed shaifulzulfiqar
  5. Mohammed shaifulzulfiqar
    • Hazaarfhan
  6. Hassan Bin Ali
  7. Ray
  8. Muhd. Rafiq
  9. Hafiz Rupie
  10. duo

Reply

pantun hajat hati kecewa
Pantun Tak Dapat Hajat di Hati
pantun terkenang
Pantun Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena
pantun ujian hidup berat
Pantun Berat Mata Memandang
pantun tidur lah sayang
Pantun Tidur
Pantun Abang Baru Balik

Ayam bulu balik, Telur atas para; loading... seni pantun:pantun seloka melayu....

Pantun Tak Dengar Cakap

Ikan kering ikan siakap, Mari dijemur di atas atap; loading...

Pantun Nak Pinang Tak Berduit

Anak ikan dipanggang sahaja, Hendak dipindang tidak berkunyit; loading...

Pantun Rezeki

Anak dara dua sepasang, Pakai baju, pakai kerongsang; loading... seni pantun:kata...

Pantun Manis Hati Budi

Sayang manggis belah pun manggis, Belah mari kulit isinya; loading...

Pantun Pengorbanan Seorang Wanita

Apa tanda ibu pilihan, Hatinya lembut laku terpuji; loading...

Pantun Ingat-Ingat Lupa

Lama sudah tidak ke ladang, Tinggi rumput dari padi; loading...

Pantun Rupa Elok Penawar Hati

Olok-olok burung di laut, Ogak-ogak burung di bukit; loading...

Pantun Kau Kasih, Aku Sayang
pantun hajat hati kecewa
Pantun Tak Dapat Hajat di Hati
rindukan awak
Pantun Kalau Rindu Sebut Nama Ku
pantun mimpi cinta
Pantun Tidur Malam Jangan Dimimpi
taat orang tua ibu bapa
Pantun Taat Pada IbuBapa
Pantun Jangan Marah, Fikir Dahulu
Pantun Lupakan Sengketa Lama
Pantun Sucikan Hati