Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
Nota: Perumpamaan sumpah setia yang melampaui batas agama hingga sanggup memutuskan silaturrahim semata-mata menurut nafsu cinta. Pastinya menyesal di kemudian hari kerana hanya kasih ibu membawa ke mati. Kasih orang lain belum tentu lagi…
Variasi pantun:
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Hilang emak hilang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
Leave a Reply